PERADUAN MY FIRST INSPIRATION 2026

4 - 31 Mei 2026

CARA PENYERTAAN:

TERMA & SYARAT:

1.PERADUAN MY FIRST INSPIRATION 2026 terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali petugas dan ahli keluarga terdekat AVON Cosmetics (M) Sdn. Bhd. (“AVON”), Stokis Avon, Agensi Pengiklanan, Promosi dan Pemasaran, Perunding Perhubungan Awam dan Syarikat Percetakan yang berkaitan dengan Avon.

2.Peraduan ini berlangsung dari 4-31 Mei 2026. Muat-naik perlu dilakukan di dalam tempoh ini untuk melayakkan diri.

3.Para peserta perlu memenuhi kesemua kriteria penyertaan berikut:

4.Peserta bebas melakukan sebanyak mana posting, namun hanya satu (1) hadiah boleh dimenangi oleh setiap pemenang dan setiap akaun hanya layak menerima satu (1) hadiah.

5.Peserta perlu memastikan mereka menggunakan hashtag #MyFirstInspiration #InspoWithEve26 di dalam kapsyen mereka, serta ‘tag’ Avon Malaysia di @avonmy.official (TikTok) atau @avonmy (Instagram), untuk memastikan posting mereka dapat dikenalpasti.

6.Penyertaan paling menarik mengikut pilihan panel Avon akan diumumkan sebagai pemenang:

7.Keputusan adalah muktamad.

8.Gambar hadiah yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi.

9.AVON Cosmetics (M) Sdn. Bhd berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak. Sekiranya ini berlaku, AVON akan memaklumkan peserta tentang perubahan tersebut di laman sesawang AVON.

10.Pemenang akan diumumkan pada bulan Julai 2026.

11.Pengumuman akan dibuat melalui laman media sosial AVON & menerusi ruangan mesej di platform media sosial pemenang. Pemenang perlu memberikan informasi yang diperlukan untuk proses penghantaran hadiah.

12.AVON akan menghantar hadiah terus kepada pemenang dan akan memaklumkan tarikh penghantaran kepada pemenang terlebih dahulu.

13.AVON Cosmetics (M) Sdn. Bhd. tidak akan menanggung sebarang liabiliti berhubung dengan kecederaan atau kehilangan atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang mungkin timbul dari menyertai peraduan ini dan/atau berhubung penggunaan hadiah yang dimenangi.

14.Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi AVON, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada AVON boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh AVON, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan syarikat AVON, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan.

15.Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju membenarkan nama, akaun media sosial dan gambar peraduannya disiarkan dalam mana-mana media cetak, elektronik, laman web serta platform sosial Avon, atau mana-mana bentuk iklan yang berkaitan dengan peraduan ini tanpa sebarang imbuhan tambahan.