1. Program ini berlangsung dari 1 Januari hingga 31 Mac 2026. ("Tempoh Program").
2. Wakil Avon yang layak mesti mengekalkan kedudukan baik sepanjang Tempoh Program dan tidak boleh digantung, dibatalkan atau ditamatkan oleh Avon.
3. Untuk melayakkan diri untuk hadiah Cabaran Suku 1, Wakil Avon mesti membuat pembelian mengikut tahap yang digariskan di bawah.
| Tahap | Sasaran Suku 1, 2026 | Hadiah |
|---|---|---|
| Tahap 1 | Pembelian bernilai RM 35,000 BPS dan ke atas | 1X Hotpot dan Pengukus Russell Taylors |
| Tahap 2 | Pembelian bernilai RM 70,000 BPS dan ke atas | 1X Penggoreng Udara Kaca Russell Taylors |
| Tahap 3 | Pembelian bernilai RM 130,000 BPS dan ke atas | 1X Pad Honor x8a |
4. Pemenang akan diumumkan selepas 25 April 2026 dan hadiah akan diserahkan oleh pengurus jualan masing-masing.
5. Hadiah sah dengan pembelian dari Tawaran harga bersih, Brosur dan Shop & Earn Kempen 1-3, 2026. Sebarang pembelian barangan menggunakan diskaun tambahan Avon Rewards dalam mana-mana promosi yang dijalankan oleh Avon Malaysia, akan dikira sebagai pembelian bersih (Harga Bersih).
6. Pihak Syarikat berhak menggantikan hadiah dengan mana-mana barangan yang sama nilainya, sekiranya hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tanpa perlu memberi sebarang notis atau alasan awal kepada mana-mana pihak, Sekiranya ini berlaku, Syarikat akan memaklumkan Wakil tentang perubahan tersebut di laman sesawang Syarikat.
7. Semua hadiah tidak boleh dipindah-milik dan ditukar kepada sebarang hadiah / barangan lain / baucar, atau ditebus kepada wang tunai / debit dalam akaun sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
8. Barangan yang dibeli semasa Tempoh Program, yang melayakkan wakil mendapat hadiah, akan dianggap muktamad dan tidak boleh dipulangkan dalam apa jua keadaan.
9. Syarikat berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Wakil sekiranya Syarikat mengesyaki dan/atau percaya bahawa Wakil:
10. Penyertaan dalam Program ini merupakan persetujuan Wakil membenarkan Syarikat menggunakan/ memaparkan nama Wakil dan gambar pemenang (jika berkenaan) di laman sesawang dan media sosial Syarikat untuk tujuan promosi, bahan-bahan pemasaran dan Program-Program Syarikat tanpa imbuhan tambahan.
11. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan peribadi di sepanjang Peserta menyertai Program ini dan/atau memenangi/penggunaan Hadiah.
12. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju dengan terma yang dinyatakan dalam Notis Privasi Syarikat, bahawa data peribadinya yang dikumpul atau diberikan oleh/kepada Syarikat boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, dan boleh didedahkan kepada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kumpulan Syarikat, sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk sebarang tujuan. Sekiranya Wakil menarik balik persetujuan untuk pemprosesan, pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan data peribadinya oleh Syarikat, Wakil hendaklah memberitahu Syarikat tentang niatnya secara bertulis.
13. Syarikat mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, pengesahan dan/atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan ke atas kualiti dan/atau kebolehdagangan untuk tujuan khusus produk yang dijual oleh Syarikat.
14. Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang dia mungkin ada terhadap Syarikat, pengarahnya, pemegang sahamnya, pegawainya, pekerjanya, wakilnya dan/atau ejennya berkenaan dengan sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul dalam apa jua cara sekalipun berkaitan dengan Program ini.
15. Dengan menyertai Program ini, Wakil bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini (yang mungkin dipinda dari masa ke semasa dan oleh itu penyertaan berterusan Wakil dalam Program ini akan membentuk penerimaan Wakil terhadap perubahan tersebut), Notis Privasi Syarikat dan keputusan Syarikat mengenai Pemenang.
16. Terma dan syarat Program ini yang diiklankan dalam mana-mana media akan menjadi sebahagian daripada terma dan syarat. Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara terma dan syarat yang terkandung dalam mana-mana media Program ini, ia akan diguna pakai dan mengatasi terma dan syarat yang diiklankan dalam media tersebut.
17. Anda boleh mendapatkan teks penuh Notis Privasi Syarikat penuh di laman web Syarikat: https://shop.avon.my/